Thursday, October 23, 2008

Jodoh itu keserasian

Jodoh itu keserasian

Salam,

Kepada yang menghantar personal email kepada saya selepas entry Mengubah Manusia?, boleh teruskan pembacaan anda artikel yang saya petik dari
resipihidup- bersamasuzana. Mudah-mudahan ada manafaatnya.

Pernah jumpa suami yang sanggup jadi hamba isteri hanya kerana termakan budi mertua? Pernah dengar ada isteri yang sanggup menahan kesakitan kerana pukulan dan terajang suami semata-mata ingin pertahankan status sebagai isteri? Paling menyedihkan, ada suami yang enggan lepaskan isteri walaupun mengetahui tentang kecurangan si isteri yang masih berterusan, bukan sekadar di belakang malah nyata di depan mata. Ada juga isteri yang sanggup pejam mata dengan tingkah liar suami bertukar-tukar pasangan asalkan diri tidak dijandakan. Saya bukan menyokong perceraian tetapi apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, kenapa menyeksa diri dengan segala penderitaan yang boleh dielakkan?

Dah jodoh? Itu semua ujian hidup berumah tangga? Allahu Akbar, kenapalah berpegang dengan prinsip sebegitu? Ya, perkahwinan berlaku kerana adanya jodoh antara seorang lelaki dan seorang wanita. Tetapi, kenapakah lelaki dan wanita tersebut dijodohkan? Paling mudah, kenapa anda menerima si dia sebagai pasangan anda, teman anda seumur hidup? Yalah, tak pernah ada orang berkahwin dan di dalam masa yang sama mempunyai niat untuk bercerai (kecuali satu kes yang pernah saya ceritakan dulu, satu dalam berpuluh juta). Sudah pasti anda memilih si dia kerana anda pasti hanya si dia yang dapat membahagiakan hidup anda. Kalau berkahwin atas pilihan orang tua pun (sebab tak ada istilah kahwin paksa sebenarnya kerana keizinan anda diminta oleh jurunikah, jika masa itu anda bersedia bererti anda rela dan anda boleh tidak setuju dengan pernikahan tersebut dengan menyatakannya kepada jurunikah) sudah pasti anda mengharapkan kebahagiaan.

Ujian hidup berumah tangga? Tahukah anda, kenapa ada perkahwinan? Perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang. Bila disebut sebagai mahligai cinta dan lambang kasih sayang, sewajarnyalah segala yang wujud di dalam institusi perkahwinan itu adalah berasaskan kepada kasih sayang. Hatta hubungan suami isteri juga perlu diadakan dalam suasana kasih sayang, bukan paksaan atau keterpaksaan. Menyentuh tentang keterpaksaan di dalam hubungan suami isteri ini, sebenarnya menjadi tanggungjawab suami untuk memupuk sayang di dalam diri isteri bererti tanggungjawab suami juga untuk membawa isteri ke dalam hubungan suami isteri. Nanti saya akan bincangkan mengenai topik ini, insyaAllah.

Yang ingin saya tegaskan kali ini ialah, apakah yang dikatakan jodoh itu? Jodoh bukan persamaan, sudah pasti bukan perbezaan. Jodoh ialah keserasian. Keserasian bererti sesuai. Kesesuaian hanya wujud apabila setiap individu menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing di dalam institusi perkahwinan. Lantaran, ada lelaki pendiam dapat hidup bahagia dengan wanita peramah. Ada wanita kurang cantik dapat hidup bahagia dengan lelaki kacak idaman ramai gadis. Tetapi, jika salah satu pihak gagal memainkan peranan dan tangggungjawab yang patut malah bersikap liar yang melanggar kehendak agama dan norma masyarakat, jelas sekali tidak ada keserasian lagi. Jika ditegur, pasangan akur dan bersedia untuk berubah, memang wajar diberi peluang dan memang logik itu dinamakan ujian di dalam perkahwinan. Tetapi, jika sikap liar berterusan, memberikan penderitaan kepada pasangan, di mana keserasian? Sesuaikah anda bersama si dia sedangkan dalam setiap saat, yang ada hanya derita dan tangisan?

Di dalam al-Quran sendiri, jelas dinyatakan, wanita baik untuk lelaki yang baik (ada sedikit komen tentang ayat ini. Sila rujuk Lelaki baik cuma untuk perempuan baik?). Pengertian sebaliknya, sudah pasti semua memahami. Lantas, jika pasangan anda dikategorikan sebagai jahat, memang jahat jika sanggup hidup liar, bertukar-tukar pasangan bagai binatang, nyata tiada lagi keserasian antara anda dan pasangan anda itu. Bila tiada keserasian, bererti tiada lagi jodoh. Dalam keadaan ini, perkahwinan anda harus dibubarkan. Seperti yang saya tegaskan, saya tidak menyokong perceraian malah bukan menggalakkan. Tetapi, jika hikmah perkahwinan tiada lagi, Islam menghalalkan perceraian.

Saya tak salahkan jika anda masih ingin bertahan atau mungkin kata anda, itulah pengorbanan anda demi sebuah perkahwinan yang anda pilih dan anda redhai. Tetapi ingat… jangan sampai silap berkorban. Jangan sampai anda pula terkorban... Pengorbanan untuk perkahwinan biarlah berbaloi, bukan sampai mengorbankan diri membuta tuli. Paling penting, jangan anda turut sama menanggung dosa bagi setiap perlakuan liar dan jahat pasangan anda. Kenapa turut sama menanggung dosa? Yaaaa!! Kerana anda bersubahat, biar pun anda tidak suka dengan perlakuan pasangan anda tetapi cara anda yang seolah-olah membenarkan tindakannya itu diteruskan, memberikan dosa kering kepada anda, nauzubillahh! !

Lantas, kepada mereka yang berkenaan, ujian berumah tangga ada tahapnya. Jika melibatkan dosa kepada yang maha Esa, fikir-fikirkanlah… wajarkah anda bertahan? Anda berhak bahagia. Mungkin juga, tindakan anda memilih untuk keluar dari perkahwinan menyebabkan si dia berubah sikap kerana kebanyakan manusia hanya tahu menghargai sesuatu malah seseorang apabila ia atau dia telah tiada di depan mata.

Pilihan di tangan anda!!

Tuesday, October 21, 2008

Menu semasa pantang

saya saja nak kongsi,amik dari aidura.blogspot. com
[1] SUP HARUAN

Mudah saja menyediakan Sup Haruan ini.

Ia cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia.

Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.

Kata ibu, orang dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih2 lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

[2] HARUAN BAKAR

Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam.

Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.

[3] SUP AYAM

Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.

[4] SUP KENTANG

Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak.

Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun.

Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.

[5] BILIS SANGAI

Ikan bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia.

Bahan tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas bawang merah dan ulam pegaga.

[6] HALIA PADI

Halia padi adalah halia yang kecil isinya.

Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam badan.

Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga lada hitam.

[7] HALIA BARA

Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam.

Ia hendaklah selalu dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin.

Selain halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau ataupun lempoyang.

[8] BONGLAI

Ia berguna untuk menghilangkan bau ketiak dan badan. Susu badan juga tidak akan berbau.

Bonglai dibuangkan kulit dan dimakan dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang dibancuh dengan sedikit garam.

Air asam membantu mengecutkan dinding perut yang mengembang setelah bersalin.

[9] POKOK KUNCI

Ia berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah begitu saja dengan nasi.

Pokok Kunci bertindak mengunci nafsu makan dan angin pada badan.

[10] PEGAGA

Amalkan makan pegaga sewaktu dalam pantang.

Al-Kisah Menguap.....

Assalamualaikum.

Sekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!!

Menguap..... . semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu..

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. ....huh.. ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? astarafilullah. .! begitu rupanya....lalainya saya..

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-
sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

Posted: 03 Aug 2008 06:17 PM CDT

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.

Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

  1. Tulus
  2. Rendah diri
  3. Setia
  4. Berfikiran positif
  5. Perwatakan ceria
  6. Bertanggungjawab
  7. Percaya kepada diri sendiri
  8. Pemaaf
  9. Mudah berkira
  10. Empati

Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.

Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.

Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.

Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).

Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.

Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.

Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.

Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.

Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Monday, October 20, 2008

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf

apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara

bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang

tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik

adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu

bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak

yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran