Friday, November 7, 2008

bagaimana nak berdamai

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai
menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang
mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis
tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai
isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan
untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan
suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan
menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi
masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri
boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk
tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan
merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan
usaha untuk berdamai semula.

Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri,
semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini
disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum
oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang
menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan
untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang
menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.


Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya
akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu,
maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah
berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia
merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya
sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh
isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami
isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan
perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu,
masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain
kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata
berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila
menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik
diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap
dengan isteri, melainkan terpaksa.

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik
muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak
mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin
menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah
hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan
hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada
ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan
proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat
mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai,
dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan
berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual
mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura
sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia
mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak
mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk
melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari
salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah
perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan
keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah
berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia
merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya
sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh
isterinya sendiri.


5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila
bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan.
Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan
bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu."
(tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)


"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita
takkan selalu bergaduh
." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga."
(celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada
bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat
baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah
bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan
sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.


6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang
hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang,
melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita
sendiri pada masa lalu.

Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara
yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang
sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang
hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan
"semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan
kekurangan-kekurang an orang itu, dan menuduh orang itu
salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter,
menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari
salah tidak mungkin membawa penyelesaian.
Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh
suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam
hubungan perkahwinan.


7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak
disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka
ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi,
senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara
yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan
beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu
memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing
mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut
risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau
orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita
mahukan perdamaian, ambil langkahpertama untuk
berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti
memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita
mahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan.
Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia
memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita
telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa
bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca
masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan
diatasi, selagi itu konflik yang sama akan
berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh,
perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin
menjadi punca konflik.

Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si
isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik
demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat
punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk
mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi
untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa
depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan
perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada
itu sangat berbahaya.

Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu"
dan "semalam".


10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan
yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya
berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui,
maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku
itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya
mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am
dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang
mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya
tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu
yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak
biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan
itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang
mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi,
sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti
perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah
tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (x)

"Jangan menengking saya." (x)

b. "Jangan suka tunjuk gaya ." (x)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)

"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)

"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)
",1] ); //-->perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang
menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan
sehingga tercetusnyakonflik.

a. "Awak tak bertanggungjawab. " (x)

"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang
cukup tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)

"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum
awak bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)

"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian,
jadi saya tak berasa diri saya diabaikan." (x)


Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan
sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki
kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki
kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam
perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan
mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar
cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul