Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga

ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Sunday, February 1, 2009

Tips-untuk Pasangan Yg Dah Berkahwin::

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya

lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan

yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan

gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap

anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk

dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,

cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa

stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang

dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?

Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk

menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya

namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang

tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.

Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si

dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian

semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.

Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak

sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja

pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,

pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika

itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.

Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan

besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti

mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan

daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu

tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya

tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti

seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.

Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton

televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya

dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti

orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila

sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda

perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan

waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula

dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga

rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding

dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun

kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si

dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat

dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,

romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,

cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah

terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear...ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.

Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa

salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya

dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops... tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas

mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa

hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak

biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda....

13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka

tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya

menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya

terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.

Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula

pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel

dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.

Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga

boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.. .

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai

merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.

Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya

jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk

bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti

hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke

rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa

dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,

mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu

tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh

itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,

setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila

dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk.

Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,

takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,

ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan

pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si

dia.

Hehehhehe..selamat mencube..

Petua Keluarga Bahagia.

Petua Keluarga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar ! dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terlibatt dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan berteng! kar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.